February 07 2012 11:50:57
Navigation
· Home
Profil Sekolah
· Sejarah Sekolah
· Visi, Misi Dan Budaya
· Piagam Pelanggan
· Logo Sekolah
· PK & Ketua Bidang
· Staf Akademik
· Staf Sokongan
· AJK Kelab Guru & Staf
· Bekas Pengetua
· Analisa Pelajar
· Lagu Negeri Perak
· Lagu Sekolah
· Kalender Aktiviti
· Brocher SMKK
Kurikulum
· Ketua Panitia 2012
· Analisa PMR
· Analisa SPM
· Analisa STPM
Hal Ehwal Murid
· Manual PPSP 2010-2011
Kokurikulum
· Kelab & Persatuan 2011
· Unit Beruniform
· Sukan & Permainan
Koleksi Video
· Semarak Jaya @ UPSI
· Kem Elit 2010
· Anugerah Akademik 2010
· Sukan Tahunan 2010
· Program Suai Mesra PRS
· Merentas Desa 2010
· Sukan 2009
· Aktiviti Koku 1
· Pelancaran Hari Anugerah
· Down Memory Lane
· Intro Softball
· Pengakap 2009
Koleksi Foto
· Photo Gallery
· Articles
· Downloads
· FAQ
· Discussion Forum
· Web Links
· News Categories
· Contact Me
· Search
Slide Show P&P
Matematik Tambahan
Sofbol
Pictures Of Earth
Pengurusan Darjah
Users Online
· Guests Online: 2

· Members Online: 0

· Total Members: 513
· Newest Member: Natashadib
Latest Articles
· Surat Layang Dan Imp...
· Mengambil Langkah Be...
· Exercise
· Kemerdekaan dan Kebe...
· Jangan Mudah Lupa
Last Online Users
admin 1 week
ust zain 2 weeks
NurAmani 5 weeks
OLD EDWARDIAN 5 weeks
ekhsan 5 weeks
Abd Bashid H... 6 weeks
Ganesan 7 weeks
suriakumar12 weeks
Yusri2m213 weeks
kartiayani17 weeks
Show more
Pelawat Web SMKK
hit counters
website-hit-counters.com

BUKU PELAWAT WEB SMKK
Web Visitors Country
visitors by country counter
Berita Utusan
Berita Utusan
Welcome

SELAMAT DATANG KE PORTAL SMK KAMUNTING

TANDATANGAN BORANG OPSYEN SBPA
Untuk Perhatian Kepada Semua Warga SMK Kamunting

Semua Warga SMK Kamunting diwajibkan hadir ke sekolah pada 20 Disember 2011 untuk menandatangani Borang Opsyen SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)

Pengetua
SMK Kamunting
YURAN TAMBAHAN TAHUN 2011
SEMUA GURU TINGKATAN,

YURAN TAMBAHAN TAHUN 2011

Kutipan yuran tambahan boleh diserah kepada Ketua Pembantu Tadbir setiap Hari Rabu mulai 05.09.2011 ini.

Sekian, terima kasih.


Arahan Tuan Pengetua
PEMBUDAYAAN SIKAP POSITIF
PEMBUDAYAAN SIKAP POSITIF


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wr wbt, Salam Sejahtera, Salam Perak Aman Jaya, Salam 1 Malaysia
Penolong Kanan-Penolong Kanan, Ketua Bidang-Ketua Bidang, Guru-Guru serta Pelajar sekalian.

Sebagai pengetua, adalah menjadi tugas saya bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab untuk mencemerlangkan sekolah ini. Sebagai ketua dan pemimpin kepada tuan-tuan dan puan-puan, guru-guru serta murid sekalian, usaha berterusan perlulah diambil bagi membawa kita semua kepada kejayaan, kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan. Inilah juga hasrat Kerajaan, Kementerian dan tidak kurang penting kehendak ibub apa dan rakyat umumnya. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


Klik Di sini Untuk Membaca Artikal Sepenuhnya
Surat Layang Dan Implikasinya
SURAT LAYANG DAN IMPLIKASINYA
(Dipetik daripada http://gurubashid.com/blog)


PENGETUA saya ketika itu, En Mohd Harithuddin meminta saya menulis artikel bertajuk surat layang dan implikasinya kepada organisasi. Saya beritahu beliau walaupun saya biasa menulis, tetapi untuk tajuk ini saya tidak menjanjikan hasil yang sempurna sebab saya tidak pernah mengambil berat tentang surat layang sebelum ini.

Barangkali sebab saya belum pernah menerima surat layang, tetapi bagaimana mereka yang pernah menjadi sasaran surat layang?.

Memang sukar bagi saya menulis sesuatu yang saya sendiri tidak menyenanginya. Saya tidak akan berkompromi dengan surat layang walau apa pun tujuannya dan siapa pun sasarannya.

Sebab bagi saya jika anda ingin menyedarkan seseorang dan mengubah status quo organisasi anda, surat layang bukan sahaja pilihan yang tidak tepat, tetapi sesat.


Klik Di sini Untuk Membaca Artikal Sepenuhnya
Mengambil Langkah Berjaga-Jaga Yang Munasabah dan Mencukupi
Mengambil Langkah Berjaga-Jaga Yang Munasabah dan Mencukupi

  1. FRASA ”semuanya tidak boleh dijangka” harus ditukar kepada “semuanya hendaklah dijangka”.

  2. Saya menyatakan demikian kerana banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku di sekolah, khususnya di bilik darjah.

  3. Sebagai contoh pensil adalah keperluan wajib bagi seseorang penuntut yang telah digunakan sekian lama,tetapi benda yang menjadi keperluan asas bagi seorang pelajar ini boleh sahaja bertukar menjadi suatu yang membahayakan dalam dua keadaan.

  4. Pertama apabila dalam keadaan pensil itu memang dengan niat digunakan oleh pelajar nakal untuk mencederakan murid lain.

  5. Kedua dalam keadaan yang tidak disengajakan.

  6. Begitu juga benda-benda lain yang wujud dalam kelas seperti buku, pembaris, papan hitam/papan putih, kerusi dan meja. Semuanya tidak membahayakan pada asalnya.

  7. Guru-guru hendaklah ingat ayat ini: pada seorang budak nakal semua yang ada pada diri mereka dan di sekitar mereka menjadi ruang dan peluang untuk digunakan bagi maksud-maksud tidak baik.

  8. Klik Di sini Untuk Membaca Artikal Sepenuhnya
DEFINISI BARU GURU

DEFINISI BARU GURU

Guru itu bukan lagi lilin
yang menyuluh
sedang diri sendiri
dibiar terbunuh


Bukan juga api pelita
membuat udara berjelaga
semakin kelam
dan mungkin juga padam
di tengah malam


Guru itu bagiku
mentari di siangnya
dan purnama di malamnya
menyuluh dengan cahayanya
bukan dengan apinya


Guru itu menilai
bukan dengan jari dan jelir
tetapi dengan dhamir dan fikir


Guru itu mengajar
bagaimana belajar
menjadi insan terpelajar
sedang dia sendiri tekun mendengar
bukannya cakap berdegar

Ciptaan Abd Bashid Harun, PK HEM SMKK

Langkah Keselamatan Di Sekolah Bermula Dari Pondok Pengawal
Langkah Keselamatan Di Sekolah Bermula Dari Pondok Pengawal


  1. APABILA seseorang pelawat datang ke sekolah atas apa jua urusan dan sebab, orang pertama yang patut ditemui ialah pengawal keselamatan. Pelawat itu akan diberi Buku Daftar Pelawat dan di situ nama mereka dicatatkan dan ditandatangani.


  2. Selepas itu mereka akan menerima PAS PELAWAT yang mesti dilekatkan pada baju bukan dipegang.


  3. Jika ada pelawat yang berdegil untuk menyematkan pas pelawat tersebut,adalah wajar bagi pengawal keselamatan itu sendiri menyematkan pas pelawat itu di baju pelawat.

Klik Di sini Untuk Membaca Artikal Sepenuhnya
Jadikan SMK Kamunting Peluang & Ruang Untuk Meraih Kecemerlangan
Jadikan SMK Kamunting Peluang & Ruang Untuk Meraih Kecemerlangan


Anda harus tahu mengapa anda ditempatkan di SMK Kamunting. Sama ada anda sebagai barisan pentadbir, guru atau pelajar anda sebenarnya telah dipilih Tuhan untuk berada di sini.

Tentu ada sebabnya mengapa Tuhan menempatkan anda dan saya di sini, bukannya orang lain. Bukankah ini janji Tuhan untuk meletakkan bebanan ke atas seseorang menurut kadar kemampuan masing-masing.

Walau apa pun sebabnya, anda harus berfikir positif bahawa di sinilah anda diberikan tempat, ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk menempah kejayaan demi kejayaan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain, sekolah, keluarga dan rakan-rakan.

Lebih jauh dari itu kejayaan anda itu turut memberi manfaat kepada agama, bangsa, negara dan dunia sama ada secara langsung atau tidak.

Kita hanya menjadi penting dan berguna apabila kita bermanfaat untuk orang lain. Semua orang patut tahu tentang itu. Sebab itu kita tidak sepatutnya bersendirian di sini dan menurut cara-cara dan kemahuan kita sahaja.


Klik Di sini Untuk Membaca Artikal Sepenuhnya
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Pengetua SMKK

Hj. Mohd Harithuddin Bin Satari

Birthday Staff SMKK

Aplikasi Online

Shoutbox
You must login to post a message.

24/01/2012 00:02
Happy New Year kepada semua guru yg menyambut tahun baru cina - cik chen, miss boey, mr wong, pn tan, pn eng, pn choo, pn leong serta pelajar smkk, semoga sukses selalu.

01/01/2012 11:59
Wishes HAppy New Year 2012 to all TiGERS............
! We are proud of the days of yours........." MAGNI NOMINIS UMBRA.........OLD edwardian.........
.. Wink

01/01/2012 03:51
SELAMAT TAHUN 2012. SEMOGA SMKK SUKSES!!!

14/11/2011 12:43
Saya mendo'akan agar semua calon SPM yang mula menduduki peperiksaan mulai hari ini diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan.Semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2011

03/10/2011 19:17
Cikgu mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan PMR kpd semua calon dan mendo'akan kejayaan anda semua.Peluang terbuka di depan mata, lakukan sebaik mungkin dan raih kejayaan itu.

06/09/2011 09:44
Saya mengucapkan selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan kepada semua calon SPM dan STPM.

26/08/2011 09:34
Saya, Abd Bashid Harun, PK HEM SMK Kamunting mengucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri kepada semua murid, guru-guru, pekerja, pengusaha kantin dan semua ibu bapa.Maaf Zahir dan Batin

03/08/2011 02:52
Cikgu m'ucapkan slmt m'duduki p'riksaan percubaan kpd calon PMR. Lakukan sebaik2nya.Jgn pandang remeh p'riksaan ini sbb dlm keadaan tertentu keputusannya akn diambil kira

01/08/2011 04:10
Assslamu'alaikum wr wbt. Saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga SMKK yg beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini membawa pengertian yg lebih bermakna dalam kehidupan anda

28/07/2011 16:00
Semasa saya bersekolah, sesiapa shj yang mengajar saya dia adalah guru saya.Apabila saya menjadi guru, sesiapa sahaja pengetua saya dia adalah majikan saya

Render time: 0.05 seconds 137,056 unique visits